Hello
    17' dan Peminat tegar Chelsea.

    like it?
    tagboard
    stats
    Get a hit counter from http://hitcounterstats.com/ or google for more sites and add it here!


    Pergi Takkan Kembali


    "Setiap insan pasti merasa saat perpisahan terakhir.Dunia yang fana akan ditinggalkan.Hanya amalan yang dibawa" - Pergi Takkan Kembali via Rabbani

    Sebak je rasa bila dengar lagu yang dekat atas nie :') Untuk pengetahuan semua, mungkin ada yang tahu ataupun tidak, bahawa arwah atok alin telah meninggal dunia pada hari jumaat lepas ( 03 Mei 2012 ) Mungkin aku dengan arwah tak rapat, keluarga aku jarang balik kampung belah ayah, tapi kehilangan orang yang tersayang, orang yang ada kena mengena dengan keluarga kita, pasti kita akan rasa sedih.Sejujurnya, pada hari pertama aku menjalani peperiksaan pertengahan tahun aku dapat tahu arwah dah tak ada.Ibu ambil aku lepas aku tak ada paper.Secara kebetulan memang first day exam aku satu paper.Malam sebelum hari jumaat aku beritahu dekat ibu yang aku dapat rasakan yang arwah atok akan pergi pada hari esok ( 03 Mei 20102 ) then aku diam.Adakah itu salah satu tanda tandanya? Rupa rupanya memang betul.Benda yang aku rasa benar benar berlaku. Aku memang tak sangka semua nie benar benar berlaku.Ya Allah :'( Ibu ambil aku awal kat sekolah.Then, aku memang bertolak balik Terengganu terus.Lepas sampai, aku jumpa mok (nenek).Sebak aku tengok mok.Mata sembap.Baru lepas menangis.Aku pulak tahan je menangis.Then, ayah ajak aku menziarahi kubur arwah atok.Bila dah sampai, ayah bagi Yasin suruh baca.Sedehkah kan untuk arwah.Secara jujurnya, aku baca separuh.Aku baca tak habis.Hati aku terlalu sebak.Air mata aku tiba tiba mengalir.Aku cuba tahan tapi masih tetap mengalir.Hati aku memang sebak.Sedih.Hanya Allah je yang tahu perasaan aku macam mana.Lepas ziarah kubur arwah atok, balik je aku terus masuk bilik.Aku dengar cousin aku dok bergalok, aku malas nak pergi dekat diaorang.Dalam hati aku berkata "Diaorang nie tak sedih ke apa.Ke tak ada perasaan" Aku malas nak cara pasal sepupu sepupu aku yang comel tu lalu aku terus masuk bilik.Kat situ aku terus menangis, menangis dan terus menangis di tepi katil.Terasa comel disitu.Lol erm :') Ibu dengan cik da pujuk aku lagi dan lagi.Ibu cakap lebih baik atok pergi daripada arwah terseksa dengan penyakit dia tu.Cik Da setuju dengan kata kata ibu.Lagi lah aku sebak bila ibu cakap cenggitu.Ada betul juga apa yang ibu cakap.Dan kalau korang nak tahu, lepas dapat makan ayam goreng, aku berhenti menagis.Lol hehehe :') Okay bagi lawak sikit.Sikit je.Tapi macam tak lawak je.Hm k.Sambung cerita balik.Dan time tu mata aku macam panda versi bum bum gitu.Hikhikhik :') Banyak sangat aku menangis.Aku yang paling over kot.Yang lain semua macam dah tenang.Time tu memang aku tak nak sorokkan perasaan aku. Mungkin aku galok sangat menangis sebab aku tak dapat tatap muka arwah.Ermm Untung sepupu sepupu ku.Mereka dapat menatap wajah arwah atok sebelum arwah dikebumikan.Aku tak sempat sebab time dikebumikan aku exam :') Aku kena redha.Ini semua takdir Allah.Aku kena terima semua nie.Yang pergi tetap pergi.Yang hidup nie mesti kena teruskan hidup.Kehilangan atok kesayangan memberikan sedikit keinsafan pada diriku ;') Aku perlu berubah.Berubah ke arah yang lebih baik.Ajal bila bila masa akan menjemput ku.Aku nak mati dalam keadaan beriman.Semua orang berniat seperti ku :') Aku tak nak mati dalam keadaan yang berdosa.Minta dijauhkan.

    "Atok..Nurul rindu atok.Masa nurul form 2 nurul dah kehilangan atok yang nurul sayang (belah ibu) Dan sekarang masa nurul form 5 nurul kehilangan atok yang nurul sayang juga (belah ayah).Nurul rindu atok sangat.Cucu atok yang lain pun rindu atok.Atok tunggu kitaorang ya.Suatu hari nanti kita jumpa disyurga.InshaaAllah :'D Semua cucu atok sayang atok, rindu atok,..Cucu - cucu atok rindu nak makan roti cicah dengan air milo dengan atok.Semua kenangan atok dengan kami semua tak pernah kami lupakan.Walaupun atok dah tak ada, atok selalu di ingatan kami semua " - Semoga Allah Swt permudahkan segala hisab arwah atok alin.Amin :')

    Tulis entry sambil menangis.Betapa rindunya aku dekat arwah :') Al-Fatihah. Semoga roh atok alin dicucuri rahmat :')

    Sincerely,
    Marshmallow :')

    "Pergi Takkan Kembali" was Posted On: Monday 6 May 2013 @00:19 | 0 lovely comments


    « Older posts | Newer posts »


    Layout TeaCakeHouse. All rights reserved.
    Please view with Google Chrome in a 1280 x 800 SR. Resources: TFN.